Jumat, 03 Agustus 2012

Pemerintah Malaysia Melindungi Warganya dari Bisnis Investasi VGMC

Pemerintah Malaysia Melindungi  Warganya dari Bisnis Investasi VGMC


Tak sudah-sudah kerjanya menipu orang. Masih ingatkah lagi artikel tentang pembongkaran scam island red cafe malaysia. Sebelum itu terima kasih diucapkan kepada penghantar emel antivirgingold yang telah berkongsi maklumat terbaru ini. Yang saya kasihankan di sini golongan pelajar yang kabur mata bila mendengar janji manis untuk cepat kaya. Nak tahu kisah selanjutnya?
Setelah LifeStyle World Card telah gagal dalam cubaan sebelum ini (dalam pada masa yang sama ramai yang telah menjadi mangsa), pengarah Lifestyle World Card telah mempromosi SCAM TERBARU : Virgin Gold Mining, dengan beraninya menggunakan nama Bank Negara dan Islam.
  • Kononnya : Diiktiraf oleh sistem kewangan Malaysia di mana Bank Negara sendiri memainkan peranan besar dalam menyedarkan kepentingan pelaburan emas ini kepada orang ramai.
  • Sudah tentu ianya sah di sisi undang-undang dan juga halal dari segi Hukum Syariah
Bank Negara dan Securities Commission Malaysia (SC) menyatakan bahawa Virgin Gold Mining adalah didapati mirip dengan Swisscash dan mereka akan mengambil tindakan terhadap semua individu yang terlibat sama dalam yang mempromosi skim cepat kaya seperti Virgin Gold Mining, terutamanya leader yang telah blacklist dalam swisscash. Sekarang, mereka telah senarai hitam Virgin Gold Mining dalam Alert List (klik gambar) untuk paparan yang lebih jelas).

scam2 300x260 (SCAM) Virgin Gold Mining Corporation VGMC

Berikut adalah sebagian isi kandungan emel yang dihantar oleh Securities Commission Malaysia (SC)  mengenai penipuan Virgin Gold Mining ini :
Tuan,
Sila ambil maklum bahawa syarikat Virgin Gold Mining Corporation tidak diiktiraf dan tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti untuk menjalankan urus niaga pasaran sekuriti, pasaran niaga hadapan, urusniaga kontrak hadapan, termasuk memberi nasihat pelaburan atau/dan perkhidmatan pengurusan dana atau yang berkaitan dengan pasaran sekuriti atau pasaran niaga hadapan di Malaysia.
Pihak tuan adalah dinasihatkan supaya jangan melibatkan diri dalam mana-mana urus niaga syarikat tersebut. Pihak kami juga menggalakkan tuan memberikan kami maklumat lanjut berkaitan syarikat ini.

Para pelabur diingatkan supaya sentiasa mengambil tanggungjawab atas keputusan-keputusan pelaburan sendiri dan memberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum melabur. Ini termasuk mengesahkan sama ada syarikat atau individu terbabit dilesenkan oleh pengawal selia yang sewajarnya bagi aktiviti yang dijalankan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Di mana aktiviti atau perkhidmatan tersebut membabitkan sekuriti, nasihat pelaburan atau pengurusan dana dalam sekuriti di Malaysia, tuan hendaklah mengesahkan status pelesenan atau kelulusan daripada pihak SC.

Pihak tuan juga boleh melawati laman web kami di www.sc.com.my untuk Senarai Laman Web/Produk Pelaburan/Syarikat Yang Tidak Diiktiraf SC (Virgin Gold Mining Corporation salah satu syarikat  di dalam Alert List SC) maklumat lanjut mengenai Pengantara Berlesen kami dan maklumat lain berkaitan kawal selia pihak SC.

Sekiranya tuan memerlukan apa-apa penjelasan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan di talian 03-62048999.

Yang benar,
Sekian, terima kasih.

Suhani Selamat
Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

 http://beritasemasa.com/scam-virgin-gold-mining-corporation-vgmc

 http://ajarilah.wordpress.com/2011/12/18/vgmc-virgin-gold-mining-corporation-model-bisnis-investasi-online-marak-di-indonesia-akhirnya-dinyatakan-ilegal-menipu-scam-dan-penipuan/

0 komentar:

Posting Komentar

 

Trending Topic

AWAS PENIPUAN BERKEDOK BISNIS INVESTASI